PKR Terima Permohonan Ahli Baru Seramai 78,093 – Saifuddin Nasution

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PKR menerima sejumlah 78,093 permohonan untuk menjadi anggota baharu sejak 24 November 2021 sehingga 31 Januari lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata anggota yang telah berdaftar sehingga 31 Januari akan dibentangkan kepada cabang parti untuk proses semakan dan bantahan sebelum senarai berkenaan dimasukkan ke dalam Daftar Anggota Induk Parti.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, proses itu dibuka bermula 3 sehingga 9 Februari nanti dan jika terdapat bantahan, cabang boleh mengemukakannya kepada Pejabat Setiausaha Agung sebelum atau pada 9 Februari.

“Kesemua bantahan yang dikemukakan mengikut tempoh yang ditetapkan akan diproses dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat. Keputusan Majlis Pimpinan Pusat ke atas setiap bantahan yang diterima adalah muktamad.

“Ibu pejabat akan mengeluarkan Daftar Anggota Induk yang lengkap seawal 18 Februari dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti bagi melengkapkan daftar pemilih untuk kegunaan pemilihan parti,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, setakat Ogos 2020, keanggotaan parti itu telah mencecah 1,004,629 orang.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat