PKP 2.0 sambung dua minggu lagi dengan SOP lebih ketat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0, yang akan berakhir pada 4 Februari, akan dilanjutka dua minggu lagi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keamanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan untuk melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara kecuali di Sarawak itu selepas penelitian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melihat peningkatan jumlah kes positif Covid-19.

“Atas nasihat KKM majlis hari ini setuju untuknlanjut PKP 2.0 seluruh negara bermula 5 Februari hingga 18 Februari, kecuali Sarawak kekal PKPB,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa kegiatan rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan.

Bulan lalu, kerajaan meletakkan seluruh negara di bawah PKP berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 yang menyaksikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran bahawa sistem kesihatan awam berada pada tahap genting.

Yang di-Pertuan Agong juga berkenaan dengan usaha kerajaan untuk mengisytiharkan darurat bagi memerangi virus tersebut.

Walau bagaimanapun, kes terus meningkat di bawah PKP kedua, yang nyata lebih longgar berbanding dengan jumlah penutupan ekonomi yang dikenakan tahun lalu ketika kerajaan bergelutu mencapai keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan ekonomi.

Setelah kes melepasi 5,000 kes baru selama beberapa hari, Malaysia mencatat 4,214 kes semalam, menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 49,074.

Angka kematian akibat Covid-19 sehingga semalam adalah 770 orang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat