Najib Minum Pagi Bersama Rakyat, Ahli PPBM Lapor Polis Minta Siasat

LANGKAWI – Polis mengesahkan terima laporan mengenai program bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lima laporan tersebut dibuat oleh anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi di Balai Polis Kuah pada pukul 4.30 petang semalam.

“Laporan dibuat oleh lima anggota PPBM berhubung program bekas Perdana Menteri itu di kawasan Pantai Cenang hari ini (2 Februari).

“Polis mengambil maklum dan sudah menasihatkan pihak penganjur, mereka berjanji hanya membuat program minum pagi sahaja di dalam restoran dan tiada sebarang ceramah akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, polis akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Sementara itu berdasarkan laporan polis itu, pengadu mahu polis menjalankan siasatan dan tinjauan sama ada program tersebut mendapat permit, ada unsur hasutan serta perkauman. – Bernama

5 thoughts on “Najib Minum Pagi Bersama Rakyat, Ahli PPBM Lapor Polis Minta Siasat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.