Tular Video Kalimah Allah Kelihatan Ketika Berlakunya Gerhana Bulan

Ramai nampaknya  yang merasa kecewa kerana tidak berpeluang melihat gerhana bulan Super Blue Blood Moon.

Beberapa daerah di Indonesia juga turut dituruni hujan dan langit tertutup mendung.

Tetapi bagi sesetengah kawasan yang bercuaca  baik dapat bebas mengamati gerhana bulan Super Blue Blood Moon selepas 150 tahun pada Rabu (31/1/2018).

Pada fenomena Supermoon ini, bulan menunjukkan beberapa fasa.

Mulai dari gerhana penuh, hingga super blue moon.

Dilaporkan oleh TribunStyle.com dari Huffington Post, menurut NASA, bulan akan menjadi 14 peratus lebih cerah dan lebih besar daripada biasa.

Yang membuat fenomena ini menjadi semakin luar biasa lantaran terjadinya gerhana bulan penuh di waktu yang sama.

Maksudnya, supermoon dan bulan biru akan melalui bayangan (umbra) bumi.

Selepas kejadian fenomena ini, pada hari berikutnya banyak gambar bertaburan dan video gerhana bulan di media sosial.

Ramai  netizen yang berkongsi gambar dan video gerhana bulan Super Blue Blood Moon itu.

Langit berlafal Allah saat gerhana bulan

Terdapat satu video gerhana bulan yang telah menarik perhatian netizen.

Video ini bukan sahaja menunjukkan keindahan gerhana bulan malam tadi, tetapi terdapat seperti lafaz Allah yang terlihat di awan semasa gerhana bulan itu terjadi.

Video ini disebarkan oleh akaun Facebook Robi Candra Dinata .

Postingan Robi Candra Dinata

Rakaman itu berasal dari akaun @berkatgurukita.

Robi Candra Dinata menjelaskan bahawa video ini dirakam di daerah Banjarmasin.

“Terdapat lafadz Allah ketika gerhana bulan td malam (Banjarmasin), Masya Allah, Allahu Akbar” begitu tulis Robi Candra Dinata.

 

        Lihat videonya berikut ini:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.