3 Beranak Ditahan Dipercayai Cuba Ugut, Halang Petugas MPL

Polis menahan tiga sekeluarga selepas dipercayai cuba menghalang dan mengugut sepasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) daripada merobohkan struktur bangunan yang dibina mereka secara tidak sah.

Ketika mengesahkan tangkapan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi DSP Mahani Mohamed berkata ketiga-tiga mereka merangkumi seorang wanita, suaminya dan anak lelaki mereka ditangkap semalam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian yang dibuat oleh seorang daripada penguat kuasa terbabit.

Kes itu disiasat ​​menurut Seksyen 185 dan 506 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta membuat ugutan jenayah, katanya ketika dihubungi.

Klip video kejadian itu tular menerusi media sosial.

Antara lain, klip video itu memaparkan seorang wanita berteriak “Pistol ambik… tembak!” selain menunjukkan suspek lelaki berusia lingkungan 50-an memaki hamun penguat kuasa MPL yang cuba menghentikan pembinaan struktur haram dalam kejadian di Mukim Ulu Melaka.

Video tersebut dipercayai dirakam oleh seorang daripada penguat kuasa tersebut.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.