25 Cedera Kena Letupan Bunga Api Ketika Sambutan Thaipusam

SUNGAI PETANI – Sekurang-kurangnya 25 orang cedera akibat letupan bunga api ketika menyertai perarakan sempena perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam dekat Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil dalam kejadian kira-kira 8.30 malam Khamis.

Pengerusi MIC Kedah, Datuk Jaspal Singh berkata, tiada kemalangan jiwa setakat ini dan kesemua mangsa dilaporkan mengalami cedera ringan akibat letupan berkenaan.

Menurutnya, letupan bunga api berlaku ketika orang ramai menyaksikan perarakan kereta berhala yang diarak dari kuil terbabit.

“Kita nak polis jalankan siasatan kerana sepatutnya percikan bunga api tiada dalam agenda sambutan,”katanya.

Beliau dalam masa sama turut melawat mangsa cedera di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan turut bersimpati dengan kesemua mangsa yang terlibat. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.