Video : Ceroboh Pusat judi, Jamal Ditahan Polis

AMPANG – Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di rumahnya pada jam 3 petang tadi.

 

Penahanan dilakukan kerana tindakan kumpulan itu menceroboh masuk beberapa premis mesin judi baru-baru ini.

 

 

Difahamkan, Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan sembilan ahli kumpulan baju merah yang ditahan semalam direman selama enam hari.

 

Katanya, semua yang ditahan berusia antara 19 hingga 39 tahun dan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.