Sekatan umat Islam ke AS untungkan Malaysia Kata Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata, arahan Trump itu akan menguntungkan 10 negara anggota Asean.

 

Hampir 200,000 pelancong dari negara Islam, termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, Iraq dan Qatar mengunjungi Malaysia pada 2016, petik FMT.

 

“Dengan dunia semakin terasing, sudah tiba masanya untuk Asean mula mengambil tindakan bagi memudahkan pelancong datang,” tulisnya di Twitter semalam.

 

Jumaat lalu, Donald Trump melarang pelarian Syria memasuki AS, selain melaksanakan sekatan 120 hari untuk mana-mana pelarian dan 90 hari bagi rakyat Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.
Malaysia merupakan destinasi utama bagi pelancongan perubatan dan halal dengan kebanyakan makanan dan produk memiliki sijil halal.
Sementara itu, Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Yuthasak Supasorn berkata, larangan itu mampu meningkatkan jumlah pelancong asing ke negara berkenaan.
“Timur Tengah adalah pasaran besar untuk kita, terutama dalam sektor pelancongan perubatan. Mereka boleh melawat Thailand lebih kerap dan ini juga dapat meningkatkan sektor kami,” katanya kepada Reuters.
Trump melaksanakan sekatan kemasukan itu bagi melindungi AS daripada serangan militan, namun ia dikecam pemimpin negara lain dan dibantah puluhan ribu orang di beberapa bandar seluruh negara itu.
Ada di kalangan rakyat Asia mempertimbangkan rancangan melawat AS dan mencari alternatif lain, walaupun negara mereka tidak termasuk dalam senarai sekatan itu.
“Apabila hendak melancong, anda mahu ketenangan fikiran,” kata Alicia Seah, pengarah perhubungan awam dan komunikasi di Dynasty Travel Singapura.

\

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.