Rumah Jamal Dikepung Polis

SHAH ALAM – Kediaman Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang terletak di Ampang kini dikepung polis.

 

Jamal ketika dihubungi berkata, lapan pegawai polis sedang menunggunya di luar pintu pagar.

 

“Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu saya akan datang ke balai dalam pukul tiga tetapi mereka ini tidak sabar-sabar hendak tangkap saya.

 

“Ada dua buah kereta polis kini, nanti saya maklum semula,” katanya kepada Sinar Online.

 

Tindakan polis itu difahamkan berhubung tindakan Jamal menceroboh sebuah pusat judi di Ampang baru-baru ini.

 

Difahamkan, polis sebelum ini meminta Jamal supaya datang ke balai polis untuk menyerah diri berhubung isu berkenaan. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.