Putera Saudi Beli Tiket Pesawat Bawa 80 Helang

DUBAI – Seorang putera diraja Arab Saudi dilaporkan membeli tiket jet penumpang untuk 80 burung helang peliharaannya.

 

Gambar yang disiarkan di laman Reddit segera menjadi viral, menunjukkan sekawan helang yang ditutup mata diletakkan dalam kapal terbang, setiap daripadanya diikat dengan selamat di kerusi.

 

Pengguna Reddit menulis: “Seorang rakan saya mengirimkan gambar ini. Putera Arab Saudi membeli tiket untuk 80 ekor burung helangnya.”

 

Pengangkutan helang, burung rasmi Emiriah Arab Bersatu, bukan amalan luar biasa di Asia Barat.

 

Ia boleh mendapatkan pasport hutan hijau sendiri untuk berada di negara itu. Ia membolehkan haiwan itu mengunjungi Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Pakistan, Maghribi dan Syria.

 

Laman web Qatar Airways juga menyatakan maksimum enam helang boleh dibawa masuk ke kelas ekonomi.

 

Jurucakap syarikat penerbangan Flydubai berkata, unggas itu perlu ada tempat duduk sendiri dengan kain diletakkan di bawahnya untuk mengelakkan kemalangan.

 

Etihad Airways juga membenarkan helang dibawa masuk ke dalam pesawat. – AGENSI/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.