Paracetamol Palsu, Kandungan Virus Paling Bahaya Jadi Tular

KUALA LUMPUR – Satu mesej mengenai larangan penggunaan ubat paracetamol ditulis P/500 menjadi tular di aplikasi WhatsApp.

 

Ubat yang didakwa mengandungi virus ‘Machupo’ dikongsikan pengguna aplikasi itu turut memperincikan mengenai kandungan dan warna yang berbeza dengan warna asli ubat tersebut.
“Berhati-hati untuk tidak mengambil paracetamol yang datang ditulis P / 500. Ia adalah paracetamol baru, sangat putih dan berkilat, doktor terbukti mengandungi “Machupo” virus.

 

“Virus itu dianggap sebagai salah satu virus yang paling berbahaya di dunia. Dan dengan kadar kematian yang tinggi. Sila berkongsi mesej ini, untuk semua orang dan keluarga,”tulis perkongsian tersebut.

 

Bagaimanapun, SuaraTV masih mendapatkan pengesahan daripada pihak hospital mengenai larangan itu juga kewujudan kandungan virus berbahaya daripada ubat palsu tersebut.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.