Mangsa Banjir Meningkat Semula Di Pahang

KUANTAN  – Mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 2,100 orang daripada 583 keluarga berbanding 2,096 orang setakat pukul 10 pagi ini.

 
Pengerusi Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Zainal Yusoff berkata, empat daerah di negeri ini masih dilanda banjir dengan Pekan kekal sebagai daerah paling ramai mangsa iaitu 1,485 orang daripada 412 keluarga.

 

“Keadaan di tiga daerah lain masih tidak berubah dan kita berharap keadaan cuaca yang agak baik pagi ini dapat memulihkan keadaan banjir di Pahang.

 

Tiga daerah terlibat ialah di Maran, Bera dan Kuantan yang ditempatkan di 35 buah pusat pemindahan sementara,” katanya di sini hari ini. -Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.