Malaysia Airlines Lancar Promosi Khas Ke London

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines menawarkan tambang, Kelas Ekonomi, semua termasuk, daripada hanya RM2,299 Februari ini bagi perkhidmatan harian dua kali sehari syarikat penerbangan itu ke London.

 

Promosi bermula hari ini hingga 7 Feb, dan untuk perjalanan segera hingga 20 Dis, 2017, katanya menerusi satu kenyataan.

 

Tambang semua termasuk itu meliputi pemeriksaan masuk bagasi 30kg, hidangan dalam penerbangan dan percuma bagi caj kad kredit.

 

Syarikat penerbangan negara itu menawarkan lebih keselesaan dalam pesawatnya, skrin IFE individu, selain ruang tempat duduk yang selesa di Kelas Ekonomi.
Malaysia Airlines terbang dua kali sehari dari Kuala Lumpur ke London, dengan ketibaan di London-Heathrow pada awal pagi serta petang. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.