Firmino Mengaku Pandu Mabuk, Didenda Setahun

KUALA LUMPUR  – Penyerang terkemuka kelab bola sepak Liverpool (LFC), Roberto Firmino dikenakan denda kira-kira RM111,000 (£20,000) dan dihalang daripada memandu bagi tempoh setahun.

 

Keputusan oleh Mahkamah Majistret Liverpool itu dibuat selepas beliau mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk ketika pemeriksaan dilakukan di bandar itu pada sambutan perayaan Krismas lalu.

 

Firmino ketika mengulas mengenai hukuman yang dikenakan ke atasnya berkata, “Saya memohon maaf kepada kelab, pengurus pasukan dan semua rakan sepasukan serta para penyokong kelab The Reds yang selama ini memberikan sokongan.

 

“Saya mengaku apa yang saya lakukan adalah salah dan telah memberikan contoh yang tidak baik kepada semua.

 

“Saya berjanji kepada semua khususnya LFC, saya sudah belajar daripada kesilapan dan pengalaman lalu dan pasti tidak akan mengulanginya pada masa depan,” katanya seperti dilaporkan oleh Skysports.

 

Pemain antarabangsa Brazil berusia 26 tahun itu menjaringkan sembilan gol dalam 29 perlawanan bersama LFC musim ini. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.