Banjir Semakin Pulih, Tinggal 658 Mangsa Di 16 Pusat Pemindahan

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya 658 orang daripada 179 keluarga masih menghuni 16 pusat pemindahan sementara hingga pukul 10 pagi ini.

 
Jumlah itu berkurangan berbanding 1,004 mangsa daripada 267 keluarga di 17 pusat pemindahan bagi tempoh yang sama semalam.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, tiga daerah yang masih terjejas adalah Segamat, Muar dan Tangkak.

 

 

Beliau berkata, Segamat masih kekal sebagai daerah paling terjejas dengan 484 mangsa daripada 128 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan.

 

“Muar pula merekodkan 169 mangsa daripada 49 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan, manakala di Tangkak hanya tinggal lima mangsa daripada dua keluarga yang menghuni sebuah pusat pemindahan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.