Video: ‘Zikir Lampu’ Mukhriz Bersama Penyokong, Jadi Bahan Ketawa

Alor Setar – Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengalunkan zikir sambil memasang lampu telefon bimbit bersama para penyokongnya di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi menjadi bahan jenaka dan sindiran para pengguna media sosial.

 

Tinjauan SuaraTV di laman-laman Facebook mendapati, rata-rata menyifatkan tindakan itu melucukan dan tersimpang dalam ajaran Islam.

 

 

Berikut adalah antara status dan komen yang dimuatnaik oleh para pengguna Facebook:

 

Baba Danish: Kakak pakai lilin, adik pakai smart phone. Perubahan teknologi pantas berlaku. Jom zikir.

 

Mohd Ramli Mohd Hamid: Ni sape ajor bzikir sambil hdupkan lampu hp? Kasim Ahmad ke?

 

Shazuein Azmaini Azmil: Tak dapat lilin, lampu handphone pun jadi la. Zikir style baru ni. Only in Kedah babe!!

 

Ab Jalil Backer: Saja hendak tanya, ajaran mana pasang api/cahaya untuk berdoa ini?

 

Saya Azie: Alamak apa kes ni? xkan dah terikut2 penganut anwar kot? Lilin xde lampu handphone jadi ler, aduhai. Orang nak tengok bola bukan nak tengok dia.

 

Muzaffar Shah: Ni mazhab mai mana plak, Kak dia dulu kalut pegang lilin. Donia donia

 

Mukhriz meminta agar semua yang hadir untuk menyalakan lampu di telefon bimbit masing-masing sebagai tanda sokongan terhadapnya yang sedang berdepan dengan krisis kepimpinan.

 

“Saya nak minta tolong sikit boleh tak, keluarkan telefon masing-masing dan pasang lampu… Satu stadium semua kena pasang lampu.

 

“Saya diajar oleh alim ulama di Kedah, dalam apa keadaan sekalipun kita kena minta tolong pada Allah, jadi saya nak sebut dan tuan-puan kena ikut” katanya sambil mengalunkan zikir Allahu Akhbar.

 

Terdahulu Mukhriz menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kedah dan Sungai Ara FC.

 

Turut hadir Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar dan ahlimparlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.