Remaja Dilanggar Kereta Api Semasa Rakam Selfie

CHENNAI – Seorang remaja lelaki maut dilanggar sebuah kereta api ketika cuba berselfie di hadapan kenderaan itu semalam, lapor AFP.

 

Kereta api penumpang melanggar remaja berkenaan ketika dia berdiri di landasan untuk mengambil gambar selfie semasa berjalan pulang bersama rakannya di selatan bandar Chennai, semalam.

 

“Ini adalah kemalangan yang jarang berlaku. Remaja hari ini sangat obses untuk mengambil gambar seflie,” kata polis S Ramuthai .

 

Menurut media tempatan, remaja yang berusia 16 tahun itu dilaporkan berjalan ke hadapan kereta api, menunggu sehingga ia dekat untuk mengambil gambar selfie.

 

Kemalangan berlaku beberapa minggu selepas polis Mumbai mengenalpasti 16 kawasan berbahaya untuk berselfie ekoran kematian seorang lelaki yang cuba menyelamatkan gadis yang terjatuh ke laut semasa berselfie. – Sinar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.