Proton Naikkan Harga Semua Model Berkuat Kuasa 15 Februari

Kuala Lumpur – Proton Holdings Bhd akan melaksanakan langkah yang melibatkan kenaikan harga semua kereta Proton, berkuat kuasa 15 Februari, 2016.

 

Langkah ini akan menyaksikan kenaikan sebanyak RM312 kepada maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model, menurut Proton dalam kenyataan hari ini.

 

Kenaikan itu sejajar dengan kesan kejatuhan ringgit berikutan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing.

 

Penyusutan ringgit memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem, kata Proton.

 

Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan Proton sejak Ogos 2015, syarikat berusaha dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu.

 

Senarai penuh semakan semula harga itu akan dinyatakan di laman web Proton apabila harga baharu berkuat kuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.