Larangan Berceramah Didakwa Fitnah – Dr. Maza

PERLIS: Tindakan Majlis Agama Johor(MAIJ) menyenaraikan mufti Perlis Dr. Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza sebagai individu yang mengelirukan adalah fitnah.

 

Seramai 16 orang penceramah yang menimbulkan kekeliruan dalam ceramah meraka telah dinyatakan dalam satu imej salinan yg dikeluarkan oleh MAIJ untuk diserahkan kepada kepada Sultan Johor dalam telah diedarkan dalam aplikasi whatsapp dan mempunyai tulisan setuju yang bertarikh 31 Disember 2015.

 

Sehubungan itu, beliau mendakwa senarai nama ini adalah fitnah dan mahukan pihak MAIJ mengemukakan bukti bahawa terdapat kekeliruan dalam ceramah beliau.

 

Tambah beliau lagi, individu yang menyebarkan isu ini harus disaman.

 

“Ia adalah satu fitnah. Saya mencabar pihak pemfitnah itu membuktikannya. Saya rasa, mereka patut disaman fitnah,” katanya.

 

Sehubungan itu, Mohd Asri berkata, tindakan yang dilakukan oleh MAIJ dilihat sebagai memalukan kerana mengambil sesuatu tindakan tanpa usul periksa.

 

Katanya lagi, dalam senarai yang dikeluarkan oleh MAIJ itu, ramai yang dikenalinya adalah tidak seperti yang didakwa.

 

Dalam pada itu, dalam dokumen tersebut juga ada menyebut bahawa Majlis agama islam bersetuju menerima cadangan agar penceramah yang disenarai perlu dihalang daripada memberi ceramah atau mengajar agama islam di Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.