“Kami Datang Tengok Bola, Bukan Sokong Mukhriz”

ALOR SETAR – Tindakan Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir membuat ucapan terakhir dihadapan penyokongnya di Stadium Darul Aman malam tadi menimbulkan rasa kurang senang masyarakat yang hadir ke stadium untuk menyaksikan pertandingan bola sepak.

 

Tinjuan Suara Tv di laman Facebook memperlihatkan ramai penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak semalam meluahkan rasa tidak puas hati.

 

Antara komen menarik dari pengguna Facebook ialah dari Najmi Ishak yang meluahkan rasa simpati dan meluat pada masa yang sama atas tindakan tersebut.

 

“Adoi.. nak kelaie sama hampa kelaie la, orang nak tengok bola, jangan dok perguna fans, hat simpati kat hampa, sat lagi jadi meluat kat hampa,” tulisnya.

 

Hisham GreatTakaful turut memuat naik komen sindiran terhadap mereka yang menyokong Mukhriz dengan menyatakan sekiranya MB Kedah ditukar, adakah mereka semua tidak akan menyokong pasukan Kedah lagi?.

 

“Politik campuq dengan bola dah heret habis sekali penyokong.. katakan takdir Allah kena tukaq MB, hangpa semua takmo sokong team Kedah dah ka?,” ujarnya dalam komen yang dimuat naik.

 

Dalam pada itu, MQ Rox turut memuat naik status yang berbaur amarah terhadap tindakan Mukhriz menyampaikan ucapan di Stadium semalam.

 

“Lanc** la sape buat tu, menyusahkan orang lain ja, orang nak pergi tengok bola, bukan nak tunggu Mukhriz, bodo betul,” tulisnya.

 

Terdahulu Mukhriz menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kedah dan Sungai Ara FC yang menyaksikan pasukan Kedah menang 6-0.

 

Sebelum itu, laman facebook menjadi viral apabila Mukhriz mengalunkan zikir sambil memasang lampu telefon bimbit bersama penyokongnya di stadium tersebut.

 

 

Turut hadir Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar dan Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.