Wanita Ketuk Pintu Bilik Hotel Dengan Alasan ‘Cari Orang’

Miri – Seorang wanita mengejutkan penginap sebuah hotel apabila mengetuk setiap pintu bilik di hotel berkenaan dalam kejadian di Jalan Bintang, di sini, semalam.

 

Dalam kejadian jam 3 pagi, wanita berusia 40-an itu dipercayai ke hotel berkenaan dengan memandu sebuah Proton Wira sebelum memasuki hotel terbabit.

 

Sumber berkata, wanita terbabit pergi ke setiap bilik hotel sebelum mengetuk pintu bilik penginap hotel berkenaan.

 

Menurutnya, apabila pintu bilik dibuka, wanita itu mendakwa kononnya mencari seseorang sebelum pengurusan hotel menerima aduan mengenai perkara itu.

 

“Usaha beberapa pekerja hotel memujuk wanita itu supaya pulang tidak diendahkan, malah bertindak lucu apabila wanita itu dilihat bercakap seorang diri. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.