Video: Mayat Penumpang Pesawat AirAsia QZ8501 Terbelit Kabel

Jakarta – Pasukan penyelam yang ditugaskan membuat pencarian jasad nahas pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501 di dasar laut berdepan kesukaran mengeluarkan mayat mangsa berikutan keadaan serpihan pesawat sudah berkecai.

 

Seorang penyelam dari kelab Indonesia Divers yang terbabit dalam operasi mencari pada Isnin berkata satu jasad mangsa ditemui terbelit pada kabel pesawat sehingga sukar untuk dikeluarkan, lapor kompas.com.

 

Memasuki hari kedua pencarian selepas agensi mencari dan menyelamat nasional (BASARNAS) memberi rehat dua hari kepada pasukan penyelam sebelum ini.

 

Dalam operasi pada Isnin, tujuh mayat berjaya dikesan. Bagaimanapun, setakat ini, empat mayat berjaya dikeluarkan dan diangkat ke kapal KN SAR Pacitan.

 

Tiga lagi mayat dijangka dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

 

Berbeza pada Ahad, keadaan cuaca pada Isnin dilaporkan baik dengan ombak dianggarkan setinggi satu meter, manakala arus di dasar laut berkelajuan di antara satu hingga dua knot.

 

Sejumlah 26 penyelam kini ditugaskan di lokasi pencarian dasar laut bagi mencari baki mayat nahas pesawat itu yang masih belum ditemui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.