Tempias Bawa Watak Mengandung, Lisa Bakal Jadi Ibu September Nanti

Petaling Jaya – Ramai sudah tahu berita gembira mengenai pasangan Yusry Abdul Halim dan Lisa Suriyani Mohamed yang akan menyambut orang baru tahun ini.

 

Berita gembira itu mula dikongsi Cik Pang! dalam Selebriti Metro Ahad minggu lalu, tetapi Lisa dan Yusry enggan mengulas lanjut mengenainya hingga berita itu terus menjadi teka-teki.

 

Bagaimanapun, apabila bersemuka dengan media ketika hadir pada majlis pelancaran treler Cicakman 3 di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur, Rabu lalu, pasangan ini sedia berkongsi berita gembira itu dan Yusry mengesahkan Lisa kini hamil.

 

Bagaimanapun, Yusry enggan mengulas lanjut kerana kandungan Lisa masih di peringkat awal dan mengikut kata orang tua-tua, tidak manis untuk diuar-uarkan.

 

Sudah tentu berita ini bukan hanya menggembirakan Yusry dan Lisa serta keluarga, malah peminat mereka yang selama ini sering bertanya bila mereka akan menimang cahaya mata.

 

Sejak berkahwin Februari 2012, tentu Lisa rimas asyik ditanya soalan sama tetapi kini segala-galanya terjawab.

 

Tidak sangka, watak Lisa sebagai wanita hamil dalam filem terbaru lakonannya, Suamiku Encik Perfect 10 turut terkena tempias pada dirinya apabila disahkan hamil, baru-baru ini.

 

Harap Lisa menjaga kandungannya dan banyak berehat memandangkan bukan mudah untuknya hamil.

 

Mungkin juga Lisa perlu berkorban dengan mengetepikan tawaran berlakon ketika ini atau lamaran sebagai duta produk kerana bimbang tidak cukup rehat boleh mengganggu kandungannya.

 

Sama-samalah kita doakan Lisa selamat melahirkan anak berkemungkinan September depan. Ramai meluahkan rasa tidak sabar-sabar menantikan kelahiran bayi mereka yang pastinya comel seperti ibu dan bapanya.

 

Kalau tahun lalu meriah dengan berita artis menyambut orang baru seperti Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Rozita Che Wan dan Zain Saidin dan Fasha Sandha, tahun ini pula dengan kelahiran bayi Lisa dan Yusry? – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.