Sembilan Penghasut Ditahan Edar Risalah Hasut Keluar Sabah Dari Malaysia

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menahan sembilan individu yang dipercayai penghasut untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia di Tuaran pada Ahad.

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketika ditahan kesemua mereka dipercayai sedang mengedarkan risalah terbabit kepada masyarakat di sekitar Tuaran.

 

“Syabas @PDRMsia Sabah tangkap 9 org di Tuaran tadi yang sedang edar risalah menghasut orang ramai untuk keluarkan Sabah dr Malaysia. WELLDONE Boys,” katanya dalam akaun Twitter beliau Ahad malam.

 

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu apabila dihubungi Bernama.

 

Difahamkan, Pesuruhjaya Polis Sabah akan mengadakan sidang media berkaitan isu itu dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.