Samsung Galaxy A7 Berharga RM1,499

Kuala Lumpur – Telefon pintar terbesar yang boleh dikategorikan sebagai phablet dalam keluarga siri Galaxy A, Samsung Galaxy A7 secara rasminya boleh didapatkan di Malaysia, bermula bulan ini (Februari).

 

Dipetik daripada portal teknologi Soyacincau.com, peranti tersebut boleh didapatkan di Samsung Store dan pengedar yang sah dengan harga cadangan jualan RM1,499, berbanding peranti siri sama kelas pertengahan Galaxy A5, iaitu pada RM1,199.

 

Peranti ini memiliki saiz phablet, skrin 5.5 inci dengan paparan HD penuh Super AMOLED yang dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragin 615 Octa-Core dengan 2GB RAM.

 

Sementara itu, daripada segi reka bentuknya pula, peranti ini menjadi yang paling nipis dalam sirinya, dengan ukuran 6.3mm, lebih nipis berbanding Galaxy Alpha (6.7mm).
Selain itu, untuk pengguna yang tertanya-tanya berkenaan spesifikasi lain, peranti ini dibekalkan dengan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP, yang turut menyokong ‘selfie’ pada sudut lebar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.