Pekerja Loji Minyak AS Mogok

United Steelworker Union (USW) melancarkan mogok besar-besaran di sembilan loji penapisan selepas gagal mencapai perjanjian kontrak baru dengan syarikat-syarikat utama minyak.

 

Ia merupakan mogok pertama sejak tahun 1980 dan memberi kesan kepada loji-loji yang mewakili lebih daripada 10 peratus kapasiti loji penapis.

 

USW mogok selepas kontrak sekarang tamat tempoh dan tiada ada perjanjian baru meskipun telah menyerahkan lima cadangan.

 

Naib Presiden Pentadbiran Antarabangsa USW, Tom Conway yang tidak mempunyai pilihan lain berkata: “Industri ini paling kaya di dunia dan berkemampuan untuk membuat perubahan yang kami tawarkan.

 

Masalahnya, syarikat-syarikat minyak terlalu tamak untuk membuat perubahan positif di tempat kerja dan mereka terus menilai pengeluaran dan keuntungan melebihi kesihatan dan keselamatan pekerja dan komuniti, kata Conway.

 

Royal Dutch Shell yang bertindak sebagai perunding utama berharap dapat memulakan rundingan lebih awal.

 

Katanya, sekarang ada masa yang mencabar bagi syarikat-syarikat minyak yang telah mengurangkan kos dan mengekang perbelanjaan ekoran kejatuhan harga minyak.

 

Kejatuhan harga minyak disebabkan peningkatan bekalan minyak syal dan lebihan bekalan minyak mentah.

 

USW yang mewakili 65 loji penapisan di Amerika Syarikat menghasilkan kira-kira 64 peratus minyak di negara tersebut.

 

Kesatuan itu telah membuat rundingan semula bagi kontrak tiga tahun sejak 21 Januari lalu. Tawaran yang terbaru adalah kertas cadangan kelima yang ditolak oleh USW.

 

USW menuntut kenaikan tahunan dua kali ganda berbanding perjanjian sekarang, selain kenaikan perlindungan penjagaan kesiharan dan mengurangkan pekerja kontrak bukan ahli kesatuan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.