Malaysia Juara Kejohanan Remaja Asia Berpasukan Ke-17

Kuala Lumpur – Malaysia menepati sasaran apabila muncul juara kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Skuasy Remaja Asia Berpasukan ke-17 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini, padas Ahad.

 

Pada perlawanan final, skuad lelaki negara mengalahkan Pakistan manakala skuad wanita menewaskan Hong Kong 2-1.

 

Dalam saingan lelaki, Ng Eain Yow membuka gelanggang dengan mata pertama selepas mengalahkan pemain Pakistan, Tayyab Aslam dengan keputusan 11-6, 11-13, 4-11, 11-3 dan 7-11.

 

Mata kedua Malaysia disumbangkan oleh Darren Chan Ti Lunn yang menundukkan Muhammad Asim Khan 8-11, 10-12 dan 4-11.

 

Dalam saingan wanita, Malaysia mendahului Hong Kong 2-0 apabila mata pertama diperoleh melalui Rachel Mae Arnold yang menewaskan pemain Hong Kong, Choi Uen Shan 11-9, 11-5 dan 11-9.

 

Mata kedua negara pula dihadiahkan oleh Teh Min Jie yang terpaksa bertungkus lumus sebelum mengatasi Ho Ka Wing 11-8, 10-12, 4-11, 11-4 dan 11-9 untuk mengesahkan kemenangan Malaysia.

 

Pemain ketiga Malaysia, S. Sivasangari bagaimanapun tidak dapat memberikan kemenangan bergaya buat negara apabila kalah kepada Lui Hiu Lam dengan keputusan 11-13, 5-11, 16-14 dan 11-13.

 

Pada edisi ke-16 di Seoul, pada 2013, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara menghuni tangga ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.