Lima Cedera, Bumbung Dipasang Runtuh Di KK Times Square

KOTA KINABALU 2 Feb. – Lima pekerja cedera, seorang daripadanya parah apabila bumbung pada pintu masuk utama sebuah bangunan di kawasan KK Times Square di sini yang sedang dipasang runtuh pagi tadi.

 

Mereka yang berumur antara 17 dan 26 tahun itu dikenali sebagai Abdul Yusof Sadisin Jan; Taslim Lilin; Fitri Munir; Abdul Basir Haruddin; dan Hervin Mursalin.

 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra berkata, dalam kejdian kira-kira 11.10 pagi itu, Abdul Yusof dilaporkan cedera di tulang belakang dan pinggul sementara Taslim, Fitri dan Abd Basir masing-masing pada kepala, kaki dan tangan manakala Hervin selain cedera di kepala, dia juga patah tangan dan kaki.

 

Abdul Yusof, Taslim, Fitri dan Abd Basir dihantar ke Hospital Queen Elizaberth 1 manakala Hervin ke Hospital Queen Elizabeth 2.

 

Menurut Chandra, bumbung berkenaan runtuh ketika pekerja berkenaan sedang memasangnya.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.