Kerajaan Peruntukan RM100 Juta Baik Pulih Kerosakan Banjir Di Kelantan

Tanah Merah – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM100 juta bagi kos membaik pulih rumah yang rosak akibat banjir besar di Kelantan baru-baru ini.

 

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Menangani Pasca Banjir, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dianggarkan sebanyak 10,000 rumah yang musnah akan dibaik pulih.

 

“Proses bancian untuk mengetahui jumlah sebenar sedang dijalankan sebelum proses pembahagian barangan yang diperlukan untuk membaiki rumah yang rosak.

 

“Kita akan memberi barangan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 kepada rumah yang rosak teruk,” katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di sekitar Tanah Merah, di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, bancian berkenaan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.