Johnny, Amber Kahwin 7 Februari

Ternyata, berita tentang hubungan aktor Johnny Depp dengan Amber Heard yang pernah dilaporkan sudah berpenghujung hanya satu gosip tidak benar.

 

Hal ini kerana, pasangan sensasi itu telah menetapkan tarikh perkahwinan mereka yang mahu dilangsungkan pada 7 Februari depan. Berita gembira tersebut didedahkan oleh Daily Mail yang juga melaporkan bahawa mereka akan berkahwin di pulau milik Johnny, Little Halls Pond Cay yang terletak di Bahamas.

 

Majlis perkahwinan itu pula dikatakan hanya akan dihadiri sekitar 50 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat Johnny dan Amber. Dua orang anak hasil perkahwinan lampau Johnny dengan Vanessa Paradise iaitu Lily-Rose Melody Depp dan John Jack Christopher Depp III dikatakan akan turut serta menjadi saksi perkahwinan bapa mereka itu.

 

Tetamu yang hadir dijangka menerima layanan istimewa di pulau yang dibeli oleh Johnny pada tahun 2004 itu selepas dia tertarik dengan keindahan Bahamas sepanjang terbabit di dalam penggambaran filem Pirates of the Caribbean.

 

Hubungan Johnny, 51, dan Amber, 28, mula terjalin sewaktu sama-sama terbabit di dalam filem Rum Diaries pada tahun 2011.- Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.