Islamophobia Penyebab Perpecahan Manusia

AMPANG – Islamophobia yang menular dalam kalangan masyarakat seluruh dunia akan menyebabkan perpecahan, kesangsian dan syak wasangka antara manusia.

 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika keadaan tersebut berterusan, umat Islam bakal berhadapan dengan keganasan yang dicetuskan oleh pihak tertentu.

 

“Perkara ini disokong dengan beberapa bukti jelas menunjukkan wujud kebenaran menyerang warga asing terutama orang Islam di beberapa negara.

 

“Sehingga tahun lepas berlaku peningkatan ketara keganasan terhadap orang Islam hanya disebabkan rasa prejudis atau Xenophobia,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian International Conference Islam Rahmatan  Lil Alamin in Conjuction 12 International Youth Gethering, semalam.

 

Katanya, golongan ekstremis menggunakan perkataan jihad sebagai  alasan untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh bagi menyatakan rasa kebenaran mereka terhadap agama yang dianuti sehingga bertentangan dengan ajaran sebenar.

 

Anwar turut berharap supaya pemimpin Islam menjalinkan hubungan inklusif dengan pemimpin lain untuk menyampaikan perspektif atau tanggapan sebenar tentang agama Islam. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.