Haramkan Jualan Minuman Keras Di Kedai Serbaneka Seluruh Negara – PAS

PAS meminta dasar berhubung pengharaman jualan minuman keras di kedai serbaneka dikuatkuasakan di semua negeri di negara ini.

 

Ini berikutan tindakan Kerajaan Negeri Melaka yang menguatkuasakan pengharaman jualan minuman keras di kedai serbaneka yang turut mendapat sokongan PAS.

 

Perkara itu dinyatakan tiga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali at-Takiri dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan bersama hari ini.

 

“Kami menggesa agar polisi kerajaan negeri berkaitan arak dapat diselaraskan di seluruh negara.

 

“Malah, setiap usaha untuk membebaskan umat Islam daripada industri arak wajib disokong bersama,” menurut kenyataan itu.

 

Malah, PAS dalam kenyataan tersebut turut menghargai usaha menjaga kesucian Islam, dengan melaksanakan penguatkuasaan itu.

 

“Kita menghargai usaha untuk menjaga kesucian Islam dan membantu umat Islam daripada terjebak dalam industri yang diharamkan dalam agama.

 

“Ini secara tidak langsung membantu individu-individu yang terbabit mendapatkan sumber rezeki yang halal,” katanya. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.