Gadis Maut Dikelar Teman Lelaki

Ipoh – Seorang gadis meninggal dunia selepas dikelar di bahagian leher oleh teman lelakinya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang dekat Taiping hari ini.

 

Susulan kejadian itu, Nursyuhada Johari, 17, segera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia kira-kira 2 petang.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Ismail Che Isa berkata beberapa saksi yang melihat kejadian itu berkata pasangan itu dilihat bergaduh di dalam sebuah kereta Proton Perdana di tepi lebuh raya itu pada 12.30 tengah hari tadi.

 

“Gadis itu kemudian dilihat terjatuh dari kereta berkenaan…terdapat kesan luka pada bahagian lehernya akibat dikelar dengan pisau,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menahan suspek yang berusia 25 tahun itu dan menyerahkannya kepada pihak polis.

 

Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Suspek yang juga dipercayai teman lelaki mangsa dan bekerja sebagai tukang masak di Melaka, kemudian dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira jam 10.45 pagi Selasa.

 

maut dikelar 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.