Firefly Lancar ‘Flypremier’ Untuk Pengguna Sering Mengembara

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan jarak dekat Firefly melancarkan perkhidmatan terbaharu ‘FlyPremier’ untuk mereka yang kerap mengembara.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ignatius Ong berkata, ‘FlyPremier’ antara lain membolehkan penumpang menikmati satu pertukaran penerbangan secara percuma, tambahan 10 kilogram elaun bagasi, akses ke Firefly Biz Zone di Terminal Subang Skypark dan pilihan tempat duduk bebas.

 

Perkhidmatan itu boleh ditempah menerusi laman web Firefly dua jam sebelum penerbangan berlepas, katanya dalam satu kenyataan.

 

Ong berkata, sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, Firefly juga menawarkan tiket sehala RM68 untuk semua destinasi domestiknya.

 

Tempoh perjalanan adalah antara 26 Januari dan 24 Oktober yang promosinya bermula 26 Januari lepas dan berakhir 8 Februari ini.

 

Tiket penerbangan sehala untuk destinasi antarabangsa seperti Medan, Batam, Pekan Baru, Singapura, Koh Samui dan Krabi ditawarkan pada harga bermula RM108.

 

Ong berkata pengguna digalak menggunakan perkhidmatan daftar masuk secara dalam talian dan web. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.