100 Wanita Dipaksa Jadi Pelayan Pelanggan Berjaya Diselamatkan

Kuala Lumpur – Sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyelamatkan 100 wanita warga asing yang dipercayai dipaksa menjadi pelayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Jalan P Ramlee, di sini, dalam serbuan malam kelmarin.

 

Ketika serbuan kira-kira jam 11.45 malam itu, seramai 100 pelanggan, termasuk pelancong asing, sedang leka dengan perempuan warga asing itu.

 

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Bahrain Mohd Rose berkata, antara wanita warga asing yang berjaya diselamatkan berasal dari Vietnam, Uzbekistan, Iran, Filipina dan Indonesia yang dipercayai mangsa pemerdagangan orang oleh sindiket pelacuran bagi tujuan eksploitasi seks.

 

“Kita turut menahan seorang wanita tempatan yang mengaku bekerja sebagai juruwang di premis itu untuk membantu siasatan,” katanya.

 

Kesemua wanita warga asing yang berusia 20 hingga 35 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut. – SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.