Disingkir Dari Whatsapp Group Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya Kerana Kritik Kerajaan, Isham Jalil Fail Saman

SHAH ALAM – Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil akan memfailkan saman ke atas pihak yang bertanggungjawab menyingkirkannya (remove) daripada kumpulan aplikasi WhatsApp Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, kata Isham, pentadbir kumpulan aplikasi WhatsApp itu menyingkirkan namanya ekoran sering membuat posting mengenai artikel yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ini bukan whatsapp group biasa, ia adalah whatsapp group persatuan penduduk yang berdaftar. Saya adalah tuan punya satu property di sana. 

“Namun kini saya tidak lagi boleh posting dan mengikuti perkembangan kejiranan saya di Presint 10 Putrajaya. Ini adalah satu bentuk diskriminasi dan double standard.

“Saya tahu undang-undang. Dan saya tahu hak saya. Saya akan memfailkan saman ke atas pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Isham adalah bekas pegawai khas kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau seringkali membuat hantaran artikel-artikel yang mengkritik kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Isham lagi, beliau yakin tindakan menyingkirkannya itu adalah disebabkan desakan daripada penyokong-penyokong kerajaan PH atau pentadbir kumpulan Whatsapp itu sendiri yang ‘panas’ apabila membaca artikel-artikel yang tidak menyebelahi mereka. 

Namun kata beliau, adalah amat menghairankan kerana sebelum PRU14 lalu, lebih banyak hantaran bersifat anti-BN dan maki hamun kepada bekas Datuk Seri Najib di dalam kumpulan Whatsapp tersebut, namun tiada siapa yang disingkirkan.

“Kini apabila saya posting dan mengkritik dengan fakta saya telah di-removed kerana penyokong kerajaan panas dan tidak selesa.

“Sesiapa yang mengikuti posting-posting saya tahu yang posting-posting saya jauh berbeza dari maki hamun dan cerca penyokong-penyokong PH.

“Oleh itu admin dan beberapa orang dalam persatuan penduduk penyokong PH ini telah remove saya atas sebab pendirian politik saya,” katanya lagi. -SuaraTv 

One thought on “Disingkir Dari Whatsapp Group Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya Kerana Kritik Kerajaan, Isham Jalil Fail Saman

  • January 2, 2019 at 10:34 pm
    Permalink

    Presinct 10 is an exclusive high end residential area occupied by the elites.where mostly are high rangking civil servants and cabinet ministers. As such, I think political comments which are excessive and too loud are normally not tolerated in such WhatsApp group.This kind of elite community prefer mild friendly comment with decorum. Criticism must be constructive..I suppose the Admin must have a sleepless night removing members who are seen to have cross the line..( Hassan Talib, P 11)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.