Video : Pasangan Minta Maaf Kepada BN Tular Video Jambatan Usang

PETALING JAYA – Seorang wanita memohon maaf kepada Adun Barisan Nasional dari Jelai, selepas rakaman video yang menunjukkan anaknya meredah sebatang jambatan usang menjadi tular.

Video yang dimuatnaik oleh Siti Zaharah itu sudah ditonton lebih 800,000 kali dan dikongsi lebih 24,000 kali dalam tempoh masa 3 jam.

“Anak emak bersemangat dah nak ke sekolah tapi kena harungi jambatan yang canggih ini. Dah setahun tak ada perubahan langsung. Jambatan gantung di Pamah Aur, Bukit Betong, Kuala Lipis,” tulis kapsyen di video tersebut, memetik laporan FMT

Siti kemudiannya memuatnaik status baharu di Facebook mengatakan Adun Jelai Wan Rosdy Wan Ismail bertemu dia dan suaminya bagi menjelaskan status berhubung jambatan itu yang bakal dibina pada 8 Januari ini.

Siti bagaimanapun telah berterima kasih kepada wakil rakyat itu dan memohon maaf kepada Wan Rosdy kerana memuatnaik video tersebut.

Terdahulu, dalam satu video yang dimuatnaik di Facebook “Friends of PDRM”, Wan Rosdy berkata video berkenaan sebenarnya adalah salah faham.

Katanya terdapat laluan alternatif tapi sebab banjir jadi jalan tersebut tidak boleh dilalui.

“Kita juga ada sediakan bot JKKK sebagai pilihan tapi takpalah ini mungkin semangat ibu nak hantar anak ke sekolah…saya tidak tahulah apa sebenarnya…tapi perkara ini dapat diselesaikan.”

Beliau berkata jambatan baharu sudah dirancang namun tertakluk kepada keadaan cuaca.

“Saya ucapkan terima kasih kerana dapat berbincang seperti keluarga dan saya menasihatkan saudara Jalil (suami) untuk utamakan keselamatan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.