Video: ‘AGM PPBM Syok Sendiri’-PPBM Temerloh

PUTRAJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) temerloh hari ini meluahkan rasa kecewanya terhadap Mesyuarat Agung tahunan PPBM yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut ketua bahagian PPBM Temerloh, Amerus Che  Onn, beliau menganggap bahawa mesyuarat tersebut sebagai syok sendiri dan mengesa agar Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohammad meletak jawatan.

“AGM ini adalah syok sendiri, itu yang boleh saya katakan.

“Dan saya rasa Tun perlu meletakkan jawatan Pengerusi PPBM,”katanya ketika di temui di Ros tadi.

Gesaan ini dilakukan ekoran daripada majlis tertinggi yang gagal menyelesaikan kemelut di peringkat dalaman.

“Kita ada berlaku kemelut diperingkat dalaman di mana ada jawatan kuasa yang tidak boleh bekerja dengan ketua bahagian.

“Kita bersemuka dengan pihak majlis tertinggi dan tidak ada inisiatif untuk menyelesaikan masalah tersebut,”ujarnya.

Tambahnya lagi, PPBM sepatutnya menyelesaikan masalah sebelum menghadapi pilihanraya.

“Sepatutnya kita parti baru kena mengukuhkan kedudukan kita diperingkat bahagian tambah pula nak pilihanraya, tapi itu tidak berlaku,” katanya.

Sabtu lalu, Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu (PPBM) berlangsung di Shah Alam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.