Tindakan Mahfuz Keluar Parti Umpama Duri Tercabut Dari Daging, Kata PAS

KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengumumkan keluar parti umpama seperti ‘mencabut duri dalam daging’ dan tidak memberi kesan kepada parti itu.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, dengan ketiadaan Mahfuz mereka kini boleh fokus untuk menghadapi pilihan raya umum khususnya dalam memilih calon di kawasan Parlimen Pokok Sena nanti.

“Saya gembira apabila Mahfuz keluar daripada Pas, umpama kita cabut duri dalam daging.

“Dan keluarnya dia ini lebih senang untuk Pas terutamanya di kawasan Pokok Sena fokus dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” beliau dipetik berkata hari ini.

Baru-baru ini semasa malam tahun baharu, Mahfuz yang sering lantang mengkritik parti sendiri mengesahkan keputusan untuk keluar parti dan menjadi wakil bebas. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.