Suami Isteri ‘Larikan’ Bayi Dari Wad Hospital

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri tergamak melarikan bayi perempuan berusia tujuh hari dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini semalam

Difahamkan, dalam kejadian kira-kita pukul 9.15 malam itu, pasangan tersebut melarikan anak mereka dari hospital berikutan tidak dapat melunaskan bil hospital.

Semasa kejadian, perbuatan lelaki berusia 29 tahun dan isteri berusia 19 tahun disedari petugas hospital sebelum cuba menghalang mereka membawa keluar bayi itu tanpa mengikut prosedur.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, berlaku keadaan kecoh apabila lelaki itu cuba melarikan bayi berusia tujuh hari itu dari wad hospital.

“Bayi berkenaan dilahirkan secara pramatang pada 24 Disember lalu oleh ibunya yang berusia 19 tahun dan masih di bawah jagaan rapi pihak hospital.

“Bapa berusia 29 tahun berkeras mahu membawa bayinya pulang dan enggan mengikut prosedur ditetapkan pengurusan hospital,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi, lapor Kosmo

Beliau berkata, maklumat awal yang diterima pasangan itu berkahwin di negara jiran dan pihaknya giat mengesan pasangan tersebut untuk membantu siasatan.

“Ketika cuba membawa keluar bayi itu berlaku kekecohan termasuk tarik menarik dengan jururawat. Petugas hospital terpaksa melepaskan lelaki itu kerana bimbang menjejaskan kesihatan bayi.

“Saya ingin tegaskan ini bukan kes culik, polis masih mengenal pasti punca kejadian termasuk motif sebenar lelaki itu melarikan bayinya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.