‘Saya Memang Gedik, Bukan Buat- Buat’ – Vida

KUALA LUMPUR — Jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman bukan “buat-buat gedik” untuk melariskan produk tetapi dirinya memang sebegitu.

Hasmiza, 46, lebih dikenali sebagai Vida berkata pelakuan gedik sudah sebati dengannya dan bukan bertujuan meraih perhatian ramai, lapor Sinar

“Saya memang tidak boleh dipisahkan daripada aksi gedik, itulah diri saya sebenar, i am me, saya tidak boleh nak berpura-pura.

“Video saya kebanyakannya tak ada lah dikritik netizen sangat pun, kecuali aksi gedik saya,” kata pengusaha Vida Beauty Sdn Bhd itu

“Tetapi gedik dan saya tidak boleh dipisahkan, itulah saya, it’s me, i am me. Saya bukan acah-acah gedik untuk lariskan produk.

Vida mendapat kritikan kerana didakwa sering menunjuk-nunjuk kemewahan di laman sosial.

Klip video nyanyian Vida bertajuk “I Am Me” setakat ini mencecah 127,000 penonton sejak dimuat naik di YouTube pada 4 Oktober lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.