Salah Dinobat Pemain Terbaik Arab 2017

KAHERAH – Penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Arab 2017 dalam undian yang membabitkan sekitar 100 wartawan sukan daripada beberapa negara Arab.

Salah, 25, yang menyinar bersama Liverpool sejak tiba dari AS Roma sudah menjaringkan 17 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris setakat ini dan 23 dalam semua kejohanan, lapor BH

Dia juga membantu Mesir layak ke pusingan akhir Piala Dunia tahun ini di Russia.

Pemain sayap Syria, Omar Khribin yang bermain bersama kelab Al-Hilal di Arab Saudi berada di tangga kedua manakala rakan senegaranya, Omar Al-Soma yang beraksi bersama kelab Al Ahli juga dari Arab Saudi, ketiga.

Salah juga menjadi calon pilihan untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Afrika yang akan diumumkan di ibu negara Ghana, Accra pada Khamis ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.