Remaja Perempuan Tampar Tentera Israel Didakwa Dengan 12 Tuduhan

Ahed Tamimi adalah seorang remaja Palestin yang dikenali ramai selepas videonya yang berani berdepan dengan tentera Israel telah menjadi viral pada pertengahan 2014.

Dalam video itu, Ahed dengan berani berdepan dengan tentera Israel walaupun dengan tangan kosong dan dia melakukannya kerana zionis telah menembak sepupunya hingga koma selama 72 jam.

Bagaimanapun pada 15 Disember lalu, Ahed yang berusia 17 tahun, dengan berani telah menampar dan menendang dua tentera Israel yang sedang berjaga di Tepi Barat. Tindakan Ahed itu diikuti oleh ibunya, Nariman Tamimi, dan sepupunya Nur Tamimi.

Beberapa hari selepas itu, Ahed bersama ibu dan sepupunya dikhabarkan telah ditangkap oleh tentera Israel dan telah didakwa atas beberapa kesalahan.

Ahed telah didakwa dengan 12 pertuduhan di mahkamah Israel, dekat Ramallah. Salah satu tuduhannya adalah menyerang tentara Israel, menganggu tugas seorang tentera dan dua lemparan batu pada waktu-waktu sebelumnya.

Selain itu Israel mendakwa Ahed telah dijadikan oleh ibu bapanya sebagai alat untuk melakukan berbagai aksi provokasi kepada mereka.

Ahed kini dianggap pahlawan bagi warga Palestin.

One thought on “Remaja Perempuan Tampar Tentera Israel Didakwa Dengan 12 Tuduhan

  • June 22, 2018 at 8:33 am
    Permalink

    negara islam sedunia sepatutnya bersatu lawan kekejaman israel…islam patut bersatu demi keadilan dan lawan penindasan…kita islam berdosa jika tidak bantu palestin… apa cara pun kita mesti bantu …. tak sempurna islam iman kita hanya dengar zalim palestin…. bangun dari tidur ….tak guna bangga islam bagus kalau bunuh tindas zalim kejam masih berlaku pd palestine… sampai bila???????????????????? kita akan di tanya esuk ….. bila lagi negara2 islam yg dirantau ingin membantu????? bila lagi ???? kecewa sedih palestin di tindas dizalimi….ya allah musnahkan lah mereka yg kejam ini…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.