Pemimpin PAS Bidas Mahathir, Tak Layak Cakap Tentang Islam

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibidas oleh pemimpin PAS yang didakwa `begitu alergik dengan agama. Dakwaan itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan Mahathir bukanlah orang yang layak untuk bercakap tentang Islam.

Kemarahan itu susulan kenyataan Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang yang menyifatkan mufti turut bertanggungjawab terhadap tragedi Memali 1985, kerana pada ketika itu tidak bersuara membantah “Amanat Haji Hadi” yang menurutnya punca berlakunya peristiwa hitam itu.

Mohd. Amar ketika mengulas mengenainya berkata sejak dulu lagi beliau dapati Mahathir tidak ada kelayakan untuk bercakap soal agama.

“Sejak dahulu lagi, bila beliau (Dr. Mahathir) cakap bab agama, tak layak pun, bukan saya hendak merendah-rendahkannya.

“Lebih baik beliau sahaja jika berkaitan isu agama. Apabila bercakap, nampak kejahilannya,” katanya.

Beberapa hari lepas, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menjawab balik dakwaan Mahathir yang menuduh mufti tidak mempersoalkan fatwa yang disifatkan estrem sebagai punca berlakunya tragedi berdarah Memali di Kedah pada 1985.

Menurut Abdul Hadi, pentadbiran bekas perdana menteri itu dulu dihimpit dengan campur tangan dalam pelbagai institusi negara, termasuk institutsi agama.

“Mufti juga hendak dipaksa, daripada mereka bercakap, mereka berdiam diri pada masa itu. Itu lebih selamat,” katanya.

Hadi turut menyelar Mahathir. Katanya Mahathir merupakan doktor perubatan dan bukannya ahli hukum syarak, disebabkan itu bekas perdana menteri itu tidak boleh memaksa orang lain untuk ikut kemahuannya.

Menurut Hadi, apabila campur tangan kuasa berlaku, ketua polis negara tidak boleh bertindak dengan tepat, dan hakim dipecat, begitu juga mufti.

PAS sebelum ini telah mendesak kerajaan menyiasat semula tragedi Memali bagi membersihkan nama mereka yang tidak bersalah. Malah ada pemimpin PAS yang mendesak sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk untuk menyiasat kejadian terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.