Netanyahu Angkat Peserta Demonstrasi Jalanan Di Iran Sebagai Hero

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengambil kesempatan huru-hara yang berlaku di Iran dengan menyuarakan sokongan terbuka kepada peserta demonstrasi jalanan di negara itu dan mengangkat mereka sebagai penunjuk perasaan serta hero kebebasan yang berani.

“Rakyat Iran yang berani telah membanjiri jalanan.

“Mereka mencari kebebasan. Mereka mencari keadilan. Mereka mencari hak kebebasan yang telah dinafikan selama beberapa dekad,” kata Netanyahu dipetik dari portal Time of Israel.

Netanyahu turut menyelar tindakan Iran yang bertindak tegas terhadap peserta demonstrasi termasuk memutuskan talian internet untuk meredakan demonstrasi jalanan yang bertukar ganas menyebabkan 10 terbunuh setakat ini.

“Tidak hairanlah para ibu dan bapa bangkit ke jalanan. Rejim Iran ketakutan terhadap mereka, dari rakyat mereka sendiri. Itulah sebabnya mereka memenjarakan pelajar. Itulah sebabnya mereka mengharamkan media sosial. ”

Pemimpin Zionis itu juga berharap berharap demonstrasi jalanan yang bertukar ganas itu akan membawa kemenangan kepada kumpulan penunjuk perasaan berkenaan.

“Saya berharap rakyat Iran akan berjaya dalam usaha mulia mereka untuk mencapai kebebasan,” katanya lagi.

Demonstrasi jalanan di Iran masuk hari keempat ekoran bantahan terhadap peningkatan kos sara hidup dan kemerosotan ekonomi yang sedang dihadapi negara itu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.