Miliki Pedang Dijel 5 Tahun

KOTA BHARU – Seorang buruh binaan dihukum penjara lima tahun di mahkamah sesyen, hari ini, atas dakwaan memiliki pedang berukuran 54 sentimeter bulan lalu.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamad Sofian Embong, 22, mengaku salah atas dakwaan itu.

Tertuduh didakwa miliki senjata berjadual tersebut di hadapan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan di Jalan Pasir Puteh, Melor, pada jam 5.30 pagi, 26 Disember tahun lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman minimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh merayu hukumannya diringankan dengan alasan insaf dengan kesalahan itu, namun Hajarul Falenna mencadangkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam supaya tidak mengulangi jenayah sama.

Hukuman diarah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 26 Disember tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.