Lelaki Mati Dijerut Pasangan Sejenis

JOHOR BARU — Seorang lelaki ditemui mati di bilik sebuah hotel bajet di sini, dipercayai dijerut pasangannya.

Seorang lelaki, 49 tahun yang menginap di hotel sama dan biliknya ada dikunjungi mangsa, 30 tahun, ditahan, lapor Kosmo.

“Selepas setengah jam menginap, mangsa datang ke bilik suspek. Mangsa dipercayai dibunuh antara Jumaat lalau hingga pukul 4 pagi kelmarin,” kata ketua polis daerah Johor Baru Selatan.

“Mangsa dan suspek disyaki menjalinkan hubungan sejenis”.

Berdasarkan rakaman CCTV, ACP Shahurinain Jais berkata mayat mangsa dipindah dari bilik suspek ke bilik lain yang turut disewanya.

Mayat mangsa, asal dari Taman Sri Kluang, kemudian ditemui jam 7.18 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.