GST: Pengeluar Utama Minyak Dunia Pun Ambil Langkah Macam Malaysia

Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memperkenalkan cukai nilai tambah (VAT) untuk kali pertama berkuatkuasa semalam. Cukai berkenaan adalah mirip cukai GST yang dilaksanakan di Malaysia sejak 1 April 2015.

Cukai berkenaan adalah pada kadar 5 peratus. Manakala nagara teluk lain seperti Bahrain, Kuwait, Oman dan Qatar juga akan memperkenalkan GST, selewat-lewatnya 2019.

Dengan pelaksanaan GST itu, UAE menjangkakan akan memperolehi pendapatan sebanyak $3.3 bilion dolar. Teryata negara yang kaya dengan hasil minyak ini tidak terkecuali daripada melaksanakan cukai ini bagi menampung pendapatan negara.

Lebih menarik apabila Arab Saudi menjadikan Malaysia sebagai model untuk melaksanakan VAT. Apabila kerajaan Arab Saudi dan UAE memperkenalkan GST maka ia membuktikan bahawa keputusan kerajaan melaksanakan GST itu bukannya langkah yang salah seperti yang dicanangkan oleh pembangkang sebelum ini.

Justeru diharapkan rakyat tidak keliru dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuk GST ini. Negara yang kaya dengan minyak pun terpaksa melaksanakan GST, inikan pula Malaysia.

Bukan itu sahaja, selain GST, Arab Saudi juga berminat dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan kepada golongan sasar di negara ini. Ia akan dikenali sebagai `The Citizen Account’.

Ia susulan harga minyak dunia yang tidak menentu menyebabkan Arab Saudi mahu memperkenalkan bantuan wang tunai kepada rakyatnya.

Berbeza dengan pembangkang di negara ini, mereka berusaha untuk memansuhkan GST sedangkan mereka tahu bahawa ia dapat menstabilkan pendapatan negara di tengah-tengah hasil minyak yang rendah.

Jika GST dianggap sebagai beban dan dikaitkan dengan kenaikan harga barang, kenapa pula Arab Saudi, UAE dan negara teluk lain mahu melaksanakannya. Jika ikut logik pembangkang, negara itu negara kaya kenapa perlu dilaksanakan cukai terbabit, tidakkah ia akan membebankan rakyatnya?

Pembangkang mahu memansuhkan GST namun mereka tidak pula mencadangkan cukai baru bagi menggantikan GST, jadi dari mana mereka mahu mendapatkan pendapatan untuk menampung pembangunan negara?

Inilah masalahnya dengan pembangkang. Kiri kanan mengutuk langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan tetapi hakikatnya mereka sendiri tidak mempunyai cadangan lain. Apa yang dilakukan pembangkang hanya sekadar untuk mencipta populariti.

Tiada penyelesaian diberikan oleh mereka. Mungkin selepas ini pembangkang boleh pertikaikan pula Arab Saudi kenapa kerajaan itu `zalim’ kepada rakyat mereka, dengan memperkenalkan GST sedangkan ia merupakan negara pengeluar utama minyak dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.