Fara Mendoza Mahu Terus Seksi Walau Dikecam

KUALA LUMPUR — Walaupun dikecam, pelakon Fara Mendoza tidak mahu berubah dan mahu terus berpakaian seksi.

Fara, nama sebenar Norfaralinah Md Yunus, 27, tidak mahu bersikap hipokrot dan tidak terganggu walau sedikitpun dengan kata-kata kesat peminat, lapor Utusan.

“Saya terima mereka yang cuba memberi nasihat dengan cara yang betul yang hanya meninggalkan kata-kata kecaman saya harap mereka berhenti sahaja,” katanya.

“Soal pakaian ini antara saya dengan tuhan, tidak perlu mereka menghakimi saya”.

Pelakon Projek Memikat Suami itu dikecam peminat kerana berpakaian seksi hingga menampakkan bahagian dada ketika menyambut tahun baru.

Pada 2015 Fara mencetuskan kontroversi apabila didakwa bercium di set penggambaran klip video Ku Tahu nyanyian Zwenstar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.