California Halalkan Jualan Ganja

CALIFORNIA akan melancarkan pasar menjual ganja secara sah terbesar dunia esok, selepas meluluskan lesen kepada puluhan kedai untuk menjual dadah itu kepada orang dewasa untuk kegunaan rekreasi.

Ia menjadi negeri keenam di Amerika Syarikat membenarkan jualan ganja secara terbuka untuk tujuan rekreasi untuk pelanggan berusia 21 tahun dan ke atas.

California sebelum ini hanya membenarkan jualan ‘ganja ubat’, lapor Metro

Sebelum ini, Colorado, Washington, Oregon, Alaska dan Nevada membenarkan jualan ganja untuk tujuan itu dengan peniaga memerlukan lesen serta dikenakan cukai.

Berikutan penyertaan California yang berpenduduk 39.5 juta itu, bermakna seorang daripada setiap rakyat Amerika boleh menggunakan ganja secara sah.

Pasar ganja di California itu dijangka mencatat jualan berbilion ringgit setahun dengan jumlah cukai sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

Urugay dengan 3.4 juta penduduk, satu-satunya negara di dunia yang membenarkan jualan ganja untuk rekreasi di seluruh negara itu yang boleh dibeli hanya melalui farmasi mulai Julai 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.